Saturday, November 26, 2011

Project Part 2


Untuk projek semasa di Part 2, kami telah diberikan tugasan untuk menjenama semula (rebranding) sebarang produk mahupun company / agensi yang dipilih. Sebagai contoh, menjenama semula syarikat pengeluar produk makanan segera terkenal seperti Kentucy Fried Chicken (KFC) mahupun syarikat perbankan seperti Bank Islam. Saya telah memilih untuk menjenama semula sebuah syarikat penyiaran yang baru sahaja bertapak dalam industri penyiaran di Malaysia iaitu TV ALHIJRAH. Logo asal telah diolah dan diubah suai menjadikan logo baru supaya identiti TV ALHIJRAH tampak lebih baru, segar dan dinamik. Saya memilih TV ALHIJRAH kerana TV ALHIJRAH merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang mempertengahkan dan menfokuskan budaya dan cara hidup islamik. Selain memperbaharui logo, papan iklan (billboard), kad bisnes (business card), sampul surat, kepala surat (letter head), pakaian seragam (uniform) dan buku nota turut direka sebagai item tambahan dalam corporate items